Laungan Kerana Kita adalah wanita ; bergema di Dataran Gazebo,KPS

6 Ogos 2009 : Dataran Gazebo KPS dimeriahkan kali ini dengan diskusi wanita yang julung-julung kali diadakan oleh Biro Hal Ehwal Wanita Islam Dan Mahasiswi,HEWI PMIUM
sesi 2009/2010. Tajuk menarik yang dipilih "Wanita Tin Kosong" berjaya menarik minat
kehadiran mahasiswi dari pelbagai lapisan untuk memeriahkan lagi forum ini.

Pemilihan panel-panel dan moderator yang hebat telah membantu forum ini berjalan dengan begitu baik sekali. Panelnya terdiri dari Prof Izi,Hot FM yang cukup terkenal dengan tagline "dengar-dengarkan dan selamat beramal",Panel yang kedua ialah Puan Rosmawati (Pengurus Raudahtussakinah) yang dikenali dengan gelaran umi,juga seringkali diundang sebelum ini untuk membicarakan realiti wanita.

"Forum sebegini,amat diperlukan oleh mahasiswi kini sebagai nilai tambah dan membuka minda mahasiswi untuk lebih kehadapan dan lebih terdidik" Ujar Saudari Fasihah Mohd Pauzi selaku Pengerusi HEWI PMIUM apabila diminta mengulas tentang forum berkenaan.

Setakat ini,2 forum khusus untuk mahasiswi telah berjaya dianjurkan sepanjang bulan ini. Terdahulu, Biro Hal Ehwal Wanita MPMUM yang dipayungi oleh Saudari Shahrizul Ayuni telahpun menganjurkan forum keselamatan mahasiswi dan juga telah mendapat sambutan hangat dari mahasiswi UM.

-Unit Media PMIUM