Pemahaman hudud: Pengerusi SIGMA ajak tiru ‘dakwah’ gaya ‘Halal’ 15 Malaysia




Kuala Lumpur 30 Ogos 07:45a.m | Perbincang dan perdebatan berkenaan dengan isu hukuman sebatan yang dijatuhkan kepada bekas model Kartika Sari Dewi Shukarno masih lagi terus diperkatakan terutamanya bagi parti politik dan pelbagai Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia.

Lebih lagi, disamping media domestik, media antarabangsa juga dilihat berminat dengan isu persis antara kecelaruan sistem, sentimen keagamaan dan hak asasi manusia berkenaan.

Pengerusi Srikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA),merangkap Pengerusi Hewi PMIUM 09/10, Fasihah Mohd Pauzi memberi respon menarik selepas badan NGO Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) melalui presidennya, Idris Yusoof semalam menyatakan kepada media berkenaan situasi mahkamah Syariah di Malaysia yang dilihat kelam-kabut dan lemah.

Beliau yang baru sahaja memegang jawatan berkenaan beberapa minggu lepas dengan yakin hari ini mengajak pihak berwajib untuk meniru gaya ‘dakwah’ filem pendek ‘Halal’ terbitan 15 Malaysia.

“(Sekarang) parti politik, badan kerajaan dan beberapa NGO bertekak tentang persoalan siapa yang salah, kenapa tak dibuat hudud, ada yang kata ianya zalim kerana tak menepati jumlah sebatan hukum hudud yang betul, malah ada yang menyokong disebat kerana kerelaan pesalah. Tapi, sekarang ini saya mengajak semua pilih cara yang lebih kreatif seperti ‘Halal’ untuk tujuan educate masyarakat,”ujar beliau.

Ujar beliau lagi, filem pendek arahan Liew Seng Tat yang menampilkan pelakon dan penyanyi terkenal, Adibah Noor tersebut juga dilihat “mampu menyampaikan mesej dakwah” kepada penganut agama lain disamping kepada golongan “kurang faham Islam dengan jelas”.

“Sudah tiba masanya kita buat filem pendek tentang hudud Islam yang betul, biar semua orang faham, tak kiralah dia India, Buddha, Islam Liberal ataupun NGO feminis yang mana-mana pun,” respon beliau petang tadi.

Jalan cerita filem pendek tersebut dimulakan dengan persoalan ‘mengapa Muslim tidak makan ayam sembelihan non-Muslim?’ memaparkan secara asas syarat-syarat penyembelihan cara Islam dengan bersahaja, provokatif dan humor.

“Saya mengajak parti politik, NGO Islam, mahkamah Syariah atau mungkin juga Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang lebih berautoriti buat satu filem dengan objektif sampaikan mesej gambaran sebenar sebatan hudud cara Islam, yang tak cedera, tak zalim, penyebat tak mengangkat tangan tinggi dan sebagainya, sesuai dengan orang awan yang biasa pemahaman Islamnya,”tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau yang juga merangkap sebagai Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Malaya (PMIUM) menyatakan bahawa negara hanya mempunyai satu contoh sahaja filem atau gambaran mudah berkenaan hukuman hudud berzina iaitu dalam filem Semerah Padi arahan P. Ramlee tahun 1956, namun disifatkan sebagai “bukan gambaran sebenar” bagi hukuman Islam kerana filem tersebut memaparkan hukuman sebatan mendera dan sula yang tidak ada dalam Islam.

“Orang mudah dapatkan gambaran (tentang) Islam dengan filem, kalau dah filem tak betul (gambaran sebenar), orang akan salah faham, sekarang kita (filem) buat yang betul,” tegas beliau.

15 Malaysia dengan tema ‘voices of new Malaysia’ ialah kumpulan filem-filem pendek hasil sentuhan pelbagai pengarah terkenal lain termasuk Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Ho Yuhang dan ramai lagi disamping menampilkan tokoh-tokoh Negara seperti Nik Aziz Nik Mat dan Khairi Jamaluddin.

Antara filem pendek lain dalam 15 Malaysia ialah Potong Saga, Chocolate, Pokok dan Rumah.

Ditanya tentang tugas baru beliau dalam gerakan mahasiswi berkenaan, anak kelahiran Kelantan itu hanya menjawab “biasa sahaja, tunggulah program SIGMA yang pertama nanti”.-mahasiswakini
TERUSKAN MEMBACA

Pandang Sisi Mahasiswi : Isu Kartika



Sebelum ini, rakyat Malaysia selalu dihangatkan dengan isu hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah terlalu ringan sehingga tidak memberi apa-apa kesedaran atau keinsafan kepada penjenayah apatah lagi orang ramai.

Seperti mana dalam ayat 38, Surah al-Maaidah diterangkan bahawa hukuman bukan sekadar balasan terhadap perbuatan jenayah tetapi juga adalah “…suatu pencegahan daripada Allah”. Meskipun ayat ini secara khusus kepada kesalahan curi, namun secara hakikinya ia menunjukkan kesan terhadap hukuman hudud itu sendiri.

Namun sekarang ini kecoh pula isu Mahkamah Syariah terlalu zalim kerana mengenakan hukuman sebatan 6 kali sebatan ke atas model Singapura iaitu Kartika Dewi Shukarno atas sabitan kesalahan jenayah minuman memabukkan.

Bagi pandangan saya selaku pelajar yang masih menuntut di IPT, isu seperti ini tidak perlu dihebohkan dan diperbesarkan sedangkan banyak isu yang lebih kritikal di luar untuk difikirkan penyelesaiannya oleh masyarakat seperti masalah sosial remaja kini yang semakin berleluasa.

Jika dikatakan hukuman sebat ke atas Kartika ini merupakan Diskriminasi Gender seperti mana yang dikatakan oleh golongan Sister In Islam, saya 100% tidak bersetuju dengan apa yang diperjuangkan oleh SIS.

Pada pandangan saya, isu ini bukan isu gender dan tiada langsung kaitan dengan diskriminasi gender, namun sebaliknya ia hanya suatu perubahan yang dijalankan oleh Mahkamah Syariah atas langkah mengembalikan kesedaran dan keinsafan kepada masyarakat dalam menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang di sesi agama.
Walaupun denda RM5000 dan hukuman 6 kali sebatan itu tidak menyerupai sepenuhnya hukuman Hudud yang disyariatkan. Namun sekurang-kurangnya, Mahkamah Syariah telah cuba mencari jalan penyelesaian baru dalam mengatasi jenayah syariah di Malaysia.

Tambahan pula, si pelaku sendiri iaitu Kartika juga telah turut mengaku dan bersedia menerima hukuman tersebut dan mengapa perkara ini masih menjadi isu dan ingin di perjuangan oleh SIS dan satu badan lain yang katanya nak menjaga hak wanita.

Kalau benar nak sangat menjaga hak wanita, fikirlah tentang cara penyelesaian mengatasi masalah pembuangan bayi yang berleluasa, isu bohsia, isu pelacuran. Sepatutnya itulah medan perjuangan wanita sebenarnya. Bukan bersifat selektif dan hanya memilih isu tertentu untuk lantang bersuara.


Pejuang-pejuang wanita ini kononnya seperti melawan hukum Allah yang telah disyariatkan. Di mana mereka masih mempertikaikan dan memperlecehkan hukuman yang wajib dilaksanakan bagi setiap umat Islam.

Hakikatnya pejuang hak wanita ini langsung tiada locus standi untuk perbahaskan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Hakim Syariah, di mana Mahkamah Syariah berbidangkuasa membicarakan dan memutuskan kes ini seperti yang diperuntukkan dalam Jadual 9 Senarai Negeri dan diperkukuhkan dengan pindaan pada perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dan Hakim juga berhak menjatuhkan hukuman terhadap pesalah yang sendirinya telah mengaku kesalahan yang dilakukan secara rela.

Saya fikir, isu ini hanya mainan politik semata-mata, tiada langsung dari niat suci hati untuk menjaga hak wanita sekali gus niat untuk mencegah jenayah di Malaysia.

Dan satu lagi, isu tangguh hukuman tidak perlu lah diperbesar-besarkan. Mungkin terdapat sedikit masalah teknikal atau kekangan daripada luar yang mendesak Mahkamah Syariah sehingga hukuman sebat ini ditangguhkan. Tambahan pula, kini bulan Ramadhan al-mubarak, semulia-mulia bulan dalam Islam.

Saya seru para pembaca budiman, renung-renungkanlah…janganlah kita menjadi pejuang yang salah medan perjuangannya dan pejuang yang sia-sia. Fikir-fikirkanlah.

*Wan Nursyahirah Wan Mohd Sabri
Timb.Pengerusi Hewi PMIUM 09/10
TERUSKAN MEMBACA

Salam Ramadhan Dari Hewi PMIUM









Salam Kerinduan Ramadhan Kareem...





Kad ini umum untuk pengunjung semua, di reka khas atas nama cinta ku pada bulan Ramadhan.





Salam sayang dari :

HEWI-PMIUM 09 



TERUSKAN MEMBACA

Duhai wanita peliharalah dirimu




Seorang ibu tua keluar membeli belah bersama anak gadisnya yang amat jelita dan pandai bergaya seiring dengan peredaran fesyen semasa. Tetapi malangnya, fesyen yang digayakannya seharian, langsung tidak menepati garis panduan berpakaian bagi seorang muslimah. Pakaiannya ketat serta begitu menjolok mata dan setiap langkahnya pasti diiringi dengan siulan dan usikan nakal lelaki-lelaki yang tidak mahu menjaga pandangan mereka. Dia hanya tersenyum bangga dengan perhatian yang diberikan. Dan adakalanya apabila teserempak dengan kenalan lelaki, dia akan bertegur sapa dan bertepuk tampar disitu. Mereka bergelak ketawa sehingga tidak sedar ramai yang memerhatikan. Ibunya hanya melihat dari kejauhan dengan seribu satu perasaan yang tidak terluah.

Hari tersebut ialah hari lahir gadis itu. Ibunya berhasrat untuk membelikan hadiah buat anak gadisnya yang tersayang. Ketika sampai di sebuah kedai menjual barangan aksesori wanita, ibu tua itu berkenan membelikan buat anak gadisnya seutas gelang emas sebagai hadiah hari jadi. Setelah mencuba gelang yang diminati, segera si ibu mengarahkan si penjual untuk terus membungkus gelang tersebut, tetapi telah ditegah oleh anaknya:

"Ibu, saya mahukan gelang yang sama tapi bukan yang ini,. Saya mahukan yang masih lagi tersimpan didalam bekasnya"

"Tapi anakku, bukankah gelang ini sama sahaja jenis dan bentuknya itu", Ibunya berkerut kehairanan."

"Eh,tidak ibu. Gelang yang didalam bekas itu, masih terpelihara dan tidak disentuh oleh sesiapa lagi"

Maka, gelang yang sudah dicuba dan disentuh itu, diletakkan semula diruang pameran, Sebaliknya gelang baru yang masih tersimpan didalam stor pula yang diambil oleh anak gadis itu


Kemudian mereka singgah pula di sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis roti dan kek. Semasa sedang memilih roti dan kek yang beraneka jenis itu,anak gadisnya sekali lagi berkata:

"Ibu, saya tidak mahu saya membeli makanan di sini. Roti dan keknya tidak ditutup rapi. Pasti ianya sudah disentuh dan rasanya sudah tidak enak lagi kerana sudah terdedah terlalu lama."

"Jadi, kamu tak ingin membelinya? Ibu rasa roti dan kek tersebut baru sahaja dibakar dan diletakkan disitu"

"Tidak mahulah ibu, pasti sudah ada yang menyentuhnya tadi"

Anaknya terus sahaja keluar dari kedai tersebut.


Ketika berjalan keluar, mereka bersiar-siar seketika di taman tasik berhampiran. Sambil beriringan si ibu berkata:

"Wahai anakku, ibu amat tertarik dengan kata-kata mu tadi"

Mereka duduk disebuah bangku di situ Sambil mengusap lembut rambut anak gadisnya itu dia berkata lagi,

"Anakku...,engkau tahu bahawa barang yang cantik dan mahal pastinya perlu dipelihara dan disimpan sebaiknya. Tetapi ibu hairan, kenapa engkau sanggup membiarkan tubuh dan kecantikkan dirimu terdedah dan dipertonton sewenang-wenangnya kepada orang ramai. Sedangkan jika dibandingkan diri mu dengan gelang emas tadi, pastinya dirimu mempunyai harga yang tidak ternilai. Jadi, sewajarnya dirimu itu lebih perlu untuk dipelihara dan ditutup rapi sebaiknya."

Anak gadisnya itu terdiam.

"Engkau juga ibu lihat sentiasa ingin memiliki sesuatu yang tersimpan elok dan tidak disentuh oleh sesiapa lagi, tetapi dirimu tidak engkau jaga dan lindungi sebaiknya. Engkau senang membiarkan dirimu disentuh dan diperlakukan sewenangnya oleh lelaki lain."

Sambil menggenggam tangan anak gadisnya itu, si ibu berkata lagi,

"Tidak takutkah engkau wahai anakku, andainya tubuhmu dibiarkan menjadi tontonan dan renungan mata-mata yang sentiasa menyimpan keinginan yang mendalam untuk meratah dan menodai diri mu? Tidak risaukah engkau wahai anakku sekiranya nanti dirimu tiada lagi nilai dan harganya, mudah diambil, mudah juga disentuh, dengan mudah juga dicampak dan dibuang begitu sahaja."

Anak gadisnya hanya mampu menundukkan wajahnya, terdiam seribu bahasa.

"Anakku, jika engkau berbangga dan mampu tersenyum lebar dengan gayamu dan kecantikan mu ini, ingatlah, engkau juga mampu menangis dan merana kerana nya.
Ibu tidak mahu dirimu menjadi seperti gelang yang cantik itu, tetapi kerana sudah sering disentuh dan terpamer kepada orang ramai, tiada siapa ingin memilikinya. Sebaliknya gelang lain yang masih tersimpan rapi dan terjaga menjadi pilihan.Akhirnya ia kekal menjadi barang pameran yang hanya boleh dicuba, disentuh dan dipakai sesiapa sahaja .

Ibu juga tidak mahu dirimu menjadi seperti roti dan kek dikedai itu tadi. Sedap dan menyelerakan, tetapi tidak ada yang mahu mengambil dan berani memakannya kerana ia dibiarkan terdedah dan pastinya sudah disentuh oleh tangan-tangan manusia. Akhirnya ia terbiar rosak dan dibuang begitu saja."


Fikirkanlah anakku, barang yang tertutup dan terpelihara selalunya itulah yang menjadi idaman dan impian orang lain untuk memiliknya. Malah nilai dan harganya juga pasti tinggi dan mahal sekali. Dilihat boleh, tetapi untuk disentuh sukar sama sekali. Hanya yang layak sahaja boleh memilikinya...

Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri
Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah
tetapi sayang tidak berduri
Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan
si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang
lantas tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya.
Duri mawar itulah yang diumpamakan dengan perbatasan aurat, akhlak dan cara hidup.
dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya
menyelinap disegenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang,
sehinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.


WANITA : dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan...maka jadikanlah dirimu nisa' yang boleh menjadi mujahidah, jihad di jalan Allah...jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang, cantik dipandang tetapi amat sukar untuk dipegang... jadikanlah dirimu gadis manis yang tak pernah kalah dengan redup panahan mata adam... biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah dijalan dakwah, bertintakan darah dan air mata perjuangan, dititip atas warkah penuh kemuliaan dan dikirimkan untuk mujahadah menuju Tuhan.
TERUSKAN MEMBACA

Laungan Kerana Kita adalah wanita ; bergema di Dataran Gazebo,KPS

6 Ogos 2009 : Dataran Gazebo KPS dimeriahkan kali ini dengan diskusi wanita yang julung-julung kali diadakan oleh Biro Hal Ehwal Wanita Islam Dan Mahasiswi,HEWI PMIUM
sesi 2009/2010. Tajuk menarik yang dipilih "Wanita Tin Kosong" berjaya menarik minat
kehadiran mahasiswi dari pelbagai lapisan untuk memeriahkan lagi forum ini.

Pemilihan panel-panel dan moderator yang hebat telah membantu forum ini berjalan dengan begitu baik sekali. Panelnya terdiri dari Prof Izi,Hot FM yang cukup terkenal dengan tagline "dengar-dengarkan dan selamat beramal",Panel yang kedua ialah Puan Rosmawati (Pengurus Raudahtussakinah) yang dikenali dengan gelaran umi,juga seringkali diundang sebelum ini untuk membicarakan realiti wanita.

"Forum sebegini,amat diperlukan oleh mahasiswi kini sebagai nilai tambah dan membuka minda mahasiswi untuk lebih kehadapan dan lebih terdidik" Ujar Saudari Fasihah Mohd Pauzi selaku Pengerusi HEWI PMIUM apabila diminta mengulas tentang forum berkenaan.

Setakat ini,2 forum khusus untuk mahasiswi telah berjaya dianjurkan sepanjang bulan ini. Terdahulu, Biro Hal Ehwal Wanita MPMUM yang dipayungi oleh Saudari Shahrizul Ayuni telahpun menganjurkan forum keselamatan mahasiswi dan juga telah mendapat sambutan hangat dari mahasiswi UM.

-Unit Media PMIUM

TERUSKAN MEMBACA

Kami Menawarkan Bantuan Kepada Anda!


Tema hewi "kerana kita adalah wanita" dan berdasarkan budaya kerja HEWI "Caring,Sharing,Loving" kami menawarkan kepada anda perkhidmatan SHARE@HEWI yang membolehkan anda mengutarakan apa jua permasalahan,persoalan,aduan kepada kami.
InsyaAllah kami akan berusaha sedaya mampu untuk membantu anda.

Isikan borang ini,dan tekan send untuk berhubung dengan kami..






Kami ingin membantu ANDA.Suarakan Permasalahan ANDA!

Nama Anda
Fakulti
Kolej Kediaman
No.Hp
Aduan/Permasalahan/Kemusykilan
Emel

TERUSKAN MEMBACA

Update- Ahli Panel yang akan bersama dalam Diskusi Wanita akan datang


Antara Ahli panel jemputan:

1. Prof Madya Hj Md Izuddin Ali
atau lebih di kenali warga mahasiswa sebagai Prof Izi Hot FM

2. Puan Rosmawati Zainal
Pengerusi Raudatus Sakinah

dan yang terbaru, alhamdulillah kami telah cuba menjemput seorang personaliti TV, Farah Adeeba untuk datang memeriahkan lagi suasana. Menurut beliau, insyaAllah beliau akan datang sekiranya tugas beliau selesai awal pada hari tersebut.


Diskusi Wanita kali ini adalah anjuran :



dengan kerjasama :



Hal Ehwal Wanita & Mahasiswi
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
atau lebih dikenali sebagai HEWI PMIUM 09


Jadi, marilah sama-sama memeriahkannya.

Maklumat lanjut boleh email saya di hurul_aien@yahoo.com
TERUSKAN MEMBACA