
kerana kita adalah wanita sebaik-baik ciptaan oleh Allah Maha Esa...

Sunday, August 2, 2009

Sunday, July 26, 2009

Kaum muda membuat sejarah dengan hati mereka.
Cendikiawan membuat sejarah dengan akal fikiran mereka.
Orang arif membuat sejarah dengan jiwa mereka.
Apabila hati, akal dan jiwa saling menunjang untuk membuat sejarah,
pasti sejarah tak akan pudar sinarnya dan tak akan padam obornya.
-Dr. Mustafa Assiba'i
Lihatlah dunia kita, pelbagai peristiwa dalam helaian sejarah telah terbuku. Menanti insan-insan pemikir membedah zaman lampau, mengurai misteri dan mencari jalan penyelesaian dalam masalah yang acap kali berlaku. Mereka ini insan yang tak pernah berhenti untuk berfikir, membuat analogi, kesimpulan, analisis dan kajian demi kajian. Saya ambil contoh, ahli pemikir sejarah pernah membahaskan, wanita sebagai punca utama kejatuhan sesebuah negara, hatta sesebuah tamadun. Ahli arkeologi pula, sanggup menggadai nyawa, tetap cuba menyingkap rahsia sejarah sebuah artifak usang, yang bagi mereka tidak ternilai harganya.
Sejarah, satu subjek yang bukan praktikal, tapi perlu di fahami, hingga “meletakkan” diri di suatu peristiwa untuk di teliti. Ramai yang mengkaji tentang sejarah, dan ramai juga yang “seronok” memanipulasi sejarah.Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire
Bukan mudah untuk memanipulasi sebuah sejarah yang telah “hidup” berabad lamanya dalam jejak tinggalan zaman. Ini bermakna, mereka juga ahli pemikir, yang kreatif memesongkan fakta. Mereka adalah dari golongan manusia yang kecewa dengan ketentuan Pencipta, lantas memberontak dan hidup dalam bayangan Perosak Laknatullah.
Tidak kah kita dapat simpulkan, mereka yang mensyukuri erti hidup untuk memberi, berusaha untuk mahu kehadapan, menjejak zaman lampau untuk membina suatu tamadun yang hebat di masa depan. Dan, mereka yang kecewa dengan Pencipta, tetap berusaha untuk merosakkan jejak silam, dan membina sebuah tamadun yang gelap. Selebihnya adalah golongan yang pemalas, duduk termagu, membingung, berkhayal dan hanya tahu berteka teki hingga membiarkan masalah menjadi barah.
Bagaimana pula dengan kita?
Kita hanya membaca hasil kajian mereka, tetapi tidak turut serta mencetus buah fikiran. Kita membeli keluaran ciptaan dan karya tulisan mereka, tapi tidak cuba untuk membina empayar sendiri. Mereka mengkaji, kita hanya melihat. Sesekali “angguk-angguk, geleng-geleng”. Kita pernah mencetus rangkaian idea yang hebat, tapi sayang, bila sampai ke tahap pelaksanaan, kita kurang mampu. Bak kata bijak pandai terdahulu , menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
Apa yang perlu di lakukan, jelaskan semula matlamat, bina semula kesatuan. Agenda perlu perangkaan rapi. “Kalau agenda anda tidak ditulis, anda tidak mempunyai agenda sama sekali” – Gerald A. Michealson. Ini bermakna, anda mungkin hanya mempunyai impian, visi atau mungkin hanya mimpi buruk.
Perlu diingat, jika anda mengaku seorang agen perubahan, anda perlu tahu bahawa agenda dan pelaksanaan tidak boleh di asingkan. Seseorang hanya boleh di iktiraf menjadi agen perubahan bila selesai di peringkat pelaksanaan. Tidak kira berjaya atau hampir berjaya, di sana telah tercetusnya usaha.
“Anda tidak tahu bagaimana musuh anda? Bertempurlah dan cari. Serangan yang penuh keyakinan hanya dapat ditentukan setelah beberapa lama bertempur. Serangan percubaan (pada kali pertama) bukanlah pertempuran yang berasingan, tetapi ia merupakan serangan awal. Lancarkanlah formasi terhadap keseluruh barisan hadapan musuh, maka anda akan kenali bentuknya (masalah & musuh)” - Strategis Eropah – Kapten Johnstone, 1916.
Moga kita dapat baiki kelemahan yang ada hingga mampu mencetus gagasan idea yang selaras dengan peringkat pelaksanaan.
Sebagai mahasiswi, saya menyeru, jadikan buku teman rapat anda. Revolusi diri anda menjadi insan yang berilmu dan bermanfat untuk agama, bangsa dan negara.
Thursday, July 23, 2009
Monday, July 20, 2009

Thursday, July 16, 2009

Masyarakat
Kes ini bukanlah kes salah laku yang pertama yang berlaku di negeri itu, malah catatan beberapa kes yang berlaku pada Mei 2007, Februari 2008 dan Oktober 2008 memperlihatkan kepada kita segala inisiatif yang dilakukan untuk membanteras kes seperti ini menemui kegagalan.
Lebih membimbangkan lagi, data Kementerian Pelajaran serta statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan pelajar sekolah bukan sahaja sekadar terlibat di dalam kelakuan tidak sopan, melanggar peraturan sekolah seperti bising dalam kelas, datang lewat ke sekolah, ponteng tetapi juga menjangkau kepada perlakuan jenayah seperti gengsterisme, melakukan gangguan seksual, merogol malah hingga kepada membunuh. Menurut kajian yang dilakukan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan, sebanyak 459 daripada 1,560 buah sekolah dikenal pasti terdedah kepada budaya gengsterisme.
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) melihat isu ini adalah salah satu penyakit yang melanda masyarakat dan negara akibat daripada pendedahan yang melampau terhadap budaya hedonisme. Budaya ini sememangnya merupakan peluru halus milik barat yang bertujuan menghancurkan masyarakat di dunia terutamanya masyarakat Islam. Malah tidak dinafikan, salah satu faktor kehancuran tamadun iaitu kehilangan rangsangan keagamaan dan kerohanian sudah melanda masyarakat
Dalam hal ini, PMIUM mencadangkan agar kerajaan mengambil langkah yang lebih serius dalam menangani masalah ini. Elemen hiburan melampau seperti realiti TV, filem-filem berunsur lucah dan ganas dan budaya melihat artis sebagai idol seharusnya dibanteras dengan tegas. Keengganan pihak kerajaan dalam membanteras elemen-elemen ini menunjukkan kerajaan masih lagi tidak serius untuk mengotakan janji dalam pemberian 11 hadiah untuk rakyat yang antaranya adalah untuk memerangi jenayah dan rasuah.
PMIUM yang mewakili barisan mahasiswa sedar bahawa masalah ini seharusnya ditangani bersama. Justeru, PMIUM juga mencadangkan kempen Sifar Jenayah diadakan sebagai salah satu inisiatif menyuntik kesedaran masyarakat berhubung isu ini. PMIUM juga dengan berbesar hati menawarkan kerjasama dan bantuan kepada mana-mana pihak terutama pihak kerajaan untuk sama-sama turun
Fasihah bt Pauzi
Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita & Mahasiswi
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
Monday, July 13, 2009

Diseño de ThaSlayer | A Blogger por Blog and Web